Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media berkaitan perkembangan terkini di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, Putrajaya. foto AFIQ RAZALI, 16 MEI 2018.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media berkaitan perkembangan terkini di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, Putrajaya. foto AFIQ RAZALI, 16 MEI 2018.

PUTRAJAYA – Kerajaan telah mengarahkan kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dihentikan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Kerajaan Barisan Nasional telah mengutip jumlah melebihi daripada sepatutnya.

“Arahan telah diberi supaya kita tak kutip GST lagi dan cuba bayar balik kepada mereka yang telah membuat tuntutan kerana pihak kerajaan telah memungut lebih daripada yang perlu dibayar untuk cukai GST,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang medianya di Yayasan Kepimpinan Perdana sebentar tadi.

Walau bagaimanapun Dr Mahathir tidak menjelaskan sama ada cukai tersebut dimansuhkan secara serta merta.

Ini kerana sebarang pindaan perlu dibawa dalam Dewan Rakyat terlebih dahulu.

Sementara itu, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, langkah pengenaan GST pada kadar sifar berkuatkuasa mulai 1 Jun 2018 dan terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak.

GST mula diperkenalkan pada 1 April 2015 dengan kadar 6 peratus.  Meskipun begitu sejumlah 200 barangan dikecualikan cukai tersebut.

Kutipan cukai itu telah menjana pendapatan negara sebanyak RM42 bilion. – MalaysiaGazette