M.Kulasegaran
M.Kulasegaran

KUALA LUMPUR – Perlindungan setiap warganegara Malaysia termasuk suri rumah dibawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menjadi agenda utama, Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran.

Kulasegeran mahu memperkasa sumber manusia dan modal insan supaya negara lebih sejahtera.

Katanya, tidak dapat dinafikan modal insan adalah pembina negara dan kerajaan mempunyai tanggungjawab besar melestarikan golongan itu supaya menjadi ejen penggerak utama sesebuah kerajaan.

“Kini tiba masanya saya sendiri melakukan beberapa pembaharuan supaya setiap individu sebagai warga tempatan termasuk suri rumah menerima manfaat menerusi perlindungan Perkeso,” katanya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat ketika dihubungi hari ini.

Selain itu, Kulasegaran juga akan memberi tumpuan kepada isu-isu pampasan Perkeso.

“Isu pampasan Perkeso sudah lama menjadi perkara kesulitan rakyat dan saya pernah memperjuangkan perkara ini agak lama supaya diberi penekanan serius oleh kerajaan dahulu,” katanya yang mengakui akan berhadapan dengan tugas yang mencabar. – MalaysiaGazette