Menteri Kewangan, Yb Lim Guan Eng bercakap pada sidang media berkenaan isu terkini 1MDB dan kewangan negara di Kementerian Kewangan, Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 24 MEI 2018
Menteri Kewangan, Yb Lim Guan Eng bercakap pada sidang media berkenaan isu terkini 1MDB dan kewangan negara di Kementerian Kewangan, Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 24 MEI 2018

PUTRAJAYA – Lim Guan Eng hari ini mengesahkan laporan media antarabangsa yang Bank Negara Malaysia (BNM) dan Khazanah Nasional telah membuat bayaran kepada Kementerian Kewangan untuk melunaskan hutang 1MDB kepada Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC).

Guan Eng yang juga Menteri Kewangan berkata, kementerian itu juga telah membuat bayaran pada 20 Mei 2018 bagi pihak 1MDB berjumlah RM6.975 bilion susulan kegagalan syarikat pelaburan nasional itu membayar hutang berkenaan.

“Sumber bayaran yang dibuat kepada IPIC dan ABAR dan bagi pihak 1MDB termasuk penebusan Saham Keutamaan Boleh Tebus Kumulatif oleh Khazanah Nasional Berhad berjumlah RM1.199 bilion.

“Jualan hartanah di Lot 41, Sekysen 51 Bandaraya Kuala Lumpur kepada Bank Negara berjumlah RM2.066 bilion,” katanya pada sidang media di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Pada 14 Disember 2017, Kementerian Kewangan menerusi pemilikan secara tidak langsung ke atas Hartanah Mampan Sdn Bhd telah memasuki proses Perjanjian Jual Beli dengan BNM untuk menjual sekeping tanah bersebelahan Sasana Kijang. – MalaysiaGazette