Taufan Mekunu melanda Oman mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan. foto Agensi

OMAN – Seorang kanak-kanak 12 tahun maut menjadi mangsa pertama selepas angin kencang akibat Taufan Mekunu yang melanda selatan Oman semalam menghempasnya ke dinding.

Manakala tiga lagi cedera.

Angin kencang bertiup dengan dengan 170 kilometer sejam, disertai dengan hujan lebat menyebabkan wilayah Dhofar dan al-Wusta banjir hingga mengakibatkan puluhan kenderaan tenggelam.

Taufan kuat itu bagaimanapun dijangka surut hari ini.

Angin kencang bertiup di barat Salalah, kota kedua Oman, selepas ia menjejaskan Pulau Yaman di Socotra, selepas tujuh mangsa dilaporkan meninggal dunia.

Bencana alam itu menyebabkan sejumlah besar penduduk di sekitara Dhofar dan al-Wusta dipindahkan ke pusat pemindahan.

Manakala 100,000 orang lagi dibawa keluar dari sekolah-sekolah dan bangunan-bangunan kerajaan, kebanyakan di Salalah.

Lapangan terbang juga ditutup sehingga tengah malam Sabtu.

Sementara itu, Kerajaan Yaman telah mengisytiharkan kepulauan Socotra sebagai zon bencana. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast