KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan antara individu yang menempelak tindakan seorang pemanggil yang mengeluarkan komen melampau terhadap Nurul Izzah Anwar.

Menerusi laman Instagramnya malam tadi, Ahli Parlimen Muar itu menyifatkan tindakan individu terbabit sebagai tidak wajar dan mengaibkan.

“Saya beritahu Nurul Izzah, kalau saya jumpa si Azrul tu, saya suruh dia pakai cawat besi di mata,” tulisnya di laman sosial itu.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ternyata kagum dengan keseriusan Nurul Izzah dalam menangani situasi tersebut.

Bagaimanapun katanya, sikap seksis tidak boleh dipandang ringan kerana ia menjejaskan struktur moral masyarakat.

“Saya kagum dengan kekuatan, kesabaran dan ketabahan YB (Yang Berhormat).

“Rakyat Malaysia…bersuaralah dan peranginya,” katanya lagi.

Pada 22 Mei lalu Nurul Izzah yang menjadi tetamu FBI Live yang dikendalikan juruhebah Faizal Ismail dan Fara Fauzana dihubungi seorang pemanggil bernama Azrul.

Lelaki itu membuat teguran terhadap pemakaian Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang didakwa menampakkan baju dalam dan buah dadanya.

Namun, tindakan Azrul itu telah mendapat kecaman netizen dan rata-rata mereka menyifatkan lelaki itu sebagai sumbang laku. – MalaysiaGazette