Sarri pilihan utama menggantikan Conte di Chelsea
Maurizio Sarri

NAPLES – Chelsea perlu menggandakan tawaran sebanyak £3.5 juta (RM18.56 juta) sekiranya mahu Maurizio Sarri menggantikan Antonio Conte sebagai pengurus kelab itu.

Laporan di Itali mendakwa Napoli menuntut Chelsea membayar £7 juta (RM35 juta) untuk pelepasan Sarri walaupun sudah melantik Carlos Ancelotti sebagai penggantinya.

Sarri, 59, mambawa Napoli muncul naib juara dalam Serie A di belakang Juventus selaku juara liga.

Sarri terikat dengan Napoli sehingga 2020 dan tidak boleh menyertai kelab lain sehingga klausa pelepasan tamat akhir Mei ini.

Chelsea difahamkan menawarkan £3.5 juta (RM18.56 juta) tetapi ia dilihat tidak cukup untuk memujuk kelab tersebut melepaskan jurulatih mereka.

Pada Jumaat lalu, Sarri didakwa mengadakan rundingan bersama pemilik the Blues, Roman Abramovich selama tujuh jam.

Sementara itu Conte yang berjaya menjulang Piala FA bersama Chelsea berharap akan kekal di Stamford Bridge.

Abrahimovich dikatakan kecewa dengan prestasi pasukannya selaku juara bertahan EPL menamatkan saingan musim ini di tempat kelima, sekali gus ke saingan Liga Juara-juara Eropah musim hadapan.

Namun Conte mendakwa kelekaan kelab merekrut pemain baharu merupakan punca prestasi pasukannya merudum. – MalaysiaGazette