Pemenang Anugerah Pasangan Terbaik, Syafiq Kyle menunjukkan trofil yang dimenangi pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 13 MEI 2018

KUALA LUMPUR- Syafiq Kyle menafikan telah menghantar direct message (DM) ke seorang individu untuk merayu beliau memadamkan video kontroversi pelakon berkenaan.

Menurut pelakon watak Ustaz Adam dalam drama Nur di TV3, screenshot DM yang tular di media sosial itu telah disunting oleh individu yang tidak bertanggung jawab yang hanya mahu menangguk di air keruh.

Profil individu berkenaan juga menurutnya adalah palsu dan milik seorang warga Filipina.

“Sekali lagi Syafiq tegaskan, perkara ini adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menyentuh mengenai penularan video panggilan lucahnya kepada seorang wanita bernama Mira, Syafiq memohon semua pihak supaya tidak memanjangkan perkara tersebut bagi menghormati bulan Ramadan.

Katanya, beliau dan pihak pengurusannya sedang mengenal pasti jalan penyelesaian terbaik dan memberi pertimbangan untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya berlarutan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast