KUALA LUMPUR – Satu video yang menunjukkan seorang pegawai di percayai di kaunter Imigresen memukul muka seorang pelanggan tular hari ini.

Video berdurasi tujuh saat itu menunjukkan pegawai tersebut memukul muka seorang pelanggan dipercayai warga asing di kaunter 4 untuk permohonan 3 + 1.

Kejadian dipercayai berlaku di Johor.

Perbuatan tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. – MalaysiaGazette