KUALA LUMPUR – Mulai 12.01 pagi ini, tiada lagi bayaran tol dikutip bagi Jajaran Kuala Lumpur – Seremban Expressway dan Salak Expressway (yang dahulunya dikenali sebagai sebahagian daripada Jajaran Lebuhraya Metramac) di Plaza Tol Sungai Besi kendalian Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Dengan penamatan tempoh konsesi jajaran tersebut, bayaran tol di semua laluan keluar dan masuk di Plaza Tol Sungai Besi dikurangkan di antara 50 peratus hingga 1 peratus (atau di antara RM 0.40 hingga RM1.70) bergantung pada jarak perjalanan dan kelas kenderaan.

Lembaga Lebuh Raya Malaysia berkata, penamatan ini akan memberi manfaat kepada hampir 130,000 kenderaan yang menggunakan plaza tol berkenaan setiap hari.

Pengguna yang melalui Plaza Tol Sungai Besi kini hanya perlu membayar tol mengikut jajaran Lebuhraya PLUS yang dilalui mereka sahaja. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast