Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli hari ini dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM10,000.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli hari ini dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM10,000.

PUTRAJAYA – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli hari ini dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM10,000.

Perkara tersebut diputuskan Mahkamah Rayuan yang mengetepikan hukuman 18 bulan penjara yang dikenakan Mahkamah Syesyen dan dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap Rafizi Ramli, sebelum ini.

Panel Panel tiga Hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ahmadi Asnawi bagaimanapun mengekalkan sabitan terhadap bekas ahli Parlimen Pandan itu atas kesalahan mendedahkan kandungan kandungan laporan pengauditan 1MDB sebelum ini.

Datuk Ahmadi Asnawi dalam keputusannya berkata, pihaknya bersetuju dengan hujah pihak perayu yang diwakili peguambelanya Ahmad Nizam Hamid.

“Kami mengenepikan sabitan hukuman yang dikenakan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi sebelum ini dan digantikan dengan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM10,000 dengan seorang penjamin,” kata beliau.

Ahmad Nizam pada awal hujah beliau menjelaskan apa yang didedahkan perayu adalah benar tetapi bukan berkepentingan peribadi tetapi untuk negara.

“Kedua pendedahan kandungan 1MDB oleh Rafizi walaupun sudah diklasifikasikan sebagai dokumen Akta Rahsia Negara (OSA) ia tidak ada kaitan atau membawa musibah terhadap keselamatan negara dan diketuai umum,” katanya.

Kemudian pendakwaraya kes itu, Awang Armada Jaya Awang Mahmud juga menjelaskan pihaknya tidak mempunyai bantahan terhadap hujah perayu dengan alasan hukuman penjara 18 bulan yang dikenakan itu tidak sesuai,” jelasnya sebelum keputusan diumumkan pagi tadi.

Pada 23 Ogos 2017, Mahkamah Tinggi telah menolak rayuan Rafizi untuk mengetepikan pelaksanaan hukuman 18 bulan penjara itu.

Hakim Datuk Azman Abdullah dalam keputusannya ketika itu mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap pertuduhan kedua iaitu mendedahkan laporan kandungan satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB, kesalahan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 pada tahun 2016.

Bagi pertuduhan pertama iaitu memiliki laporan terbabit tanpa kebenaran, Rafizi dilepaskan dan dibebaskan daripada sabitan dan hukuman dikenakan ke atasnya.

Pada 14 November 2016, Mahkamah Sesyen iaitu Hakim Zulqarnain Hassan mengenakan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan dengan hukuman itu diperintah berjalan serentak.- MalaysiaGaezette