Marco Verratti PSG
Marco Verratti sasaran terbaru Jose Mourinho yang sedang dalam proses membentuk skuad terkuat untuk kembali bersaing EPL musim depan Ogos ini.

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho kinni menjadikan Marco Varratti sebagai sasaran terbarunya dalam mengharungi kancah Liga Perdana Inggeris musim hadapan.

Laporan The Sun menyatakan jurulatih warga Portugal itu mahu mencuba nasib untuk mengikat satu lagi pemain tengah selepas pemain Shakhtar Donetsk, Fred, yang dijangka dimuktamadkan penghijrahannya minggu depan.

Pemain Paris Saint Germain berusia 25 tahun itu mendahului senarai pemain baharu yang dikehendaki the Red Devils.

Mourinho kini dalam misi mencari pemain berkelas dunia bagi menggantikan Michael Carrick yang bersara dan juga Marouane Fellaini yang akan meninggalkan kelab itu secara percuma dalam masa terdekat.

Verratti menghabiskan masa bersama PSG selama enam tahun.

Juventus dijangka bersaing untuk mendapatkan khidmat pemain itu tetapi United dikatakan berupaya menawarkan tawaran yang lebih lumayan. – MalaysiaGazette