Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj berkata, hanya dengan cara itu ia mampu mengurangkan bebanan pengguna yang mahu mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta.

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu menyemak semula harga perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta dan meletakkan kawal selia ke atasnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj berkata, hanya dengan cara itu ia mampu mengurangkan bebanan pengguna yang mahu mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta.

“Penjagaan kesihatan sering menjadi kebimbangan rakyat dan kami mencadangkan supaya ianya diregulasi dan tidak hanya ditentukan oleh pasaran.

“Ia tidak seharusnya bersandarkan keuntungan semata-mata malah perlu juga melihat kepada komponen kebajikan rakyat dan kerajaan perlu meneliti hal ini bagi membolehkan harga diturunkan seterusnya memberi manfaat kepada semua,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Majlis Penasihat Kerajaan di sini hari ini.

Selain itu, FOMCA turut mencadangkan supaya perkhidmatan kesihatan awam juga ditambah baik di bawah pentadbiran kerajaan baharu.

Ketika ditanya mengenai pengenalan semula subsidi minyak, Paul berkata, ia langkah terbaik untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“Harga bahan api yang stabil lebih memberi manfaat kepada pengguna tambahan pula ia mempunyai kaitan dengan perkara-perkara lain yang melibatkan kos,” katanya lagi.-MalaysiaGazette