Pengamal media perlu memiliki perasaan tanggungjawab dalam melaporkan berita dan isu berkaitan kesihatan.
Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata setiap penulisan seharusnya bertunjangkan fakta, bukannya andaian atau berdasarkan khabar angin, semata-mata mahu menjadi media terawal menyiarkan sesuatu berita.