Ahmad Zahid Hamidi wizard frogs PAS UMNO Abdul Hadi Awang ducks Mohd Puad Zarkashi Parti Kuasa Rakyat politics
Mohd Puad Zakarshi

BATU PAHAT – Satu laporan polis dibuat UMNO Bahagian Batu Pahat berhubung satu rakaman audio yang tular di media sosial dipercayai menghina Yang di-Pertuan Agong berhubung isu pelantikan Peguam Negara.

Laporan itu dibuat Ketuanya, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di sini hari ini.

Mohd. Puad berkata, dalam rakaman yang tular itu ada individu membuat kenyataan biada terhadap Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah.

“Kata-kata yang dikeluarkan itu termasuk menghina Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu berkaitan isu lantikan Peguam Negara,” katanya selepas membuat laporan tersebut.

Beliau berkata, selain itu, pihaknya mendapati dalam kenyataan dibuat individu berkenaan juga terdapat unsur hasutan apabila lebih suka negara ini menjadi republik dan raja serta institusi diraja dibuang.

Sehubungan itu, Mohd. Puad meminta pihak polis menyiasat perkara berkenaan kerana khuatir ia akan menimbulkan ketidakstabilan di kalangan rakyat. – MalaysiaGazette