Trump
Kim Jong Un- Donald Trump

SINGAPURA – Ruang udara Singapura akan dihadkan semasa sidang kemuncak Amerika Syarikat dan Korea Utara, menurut notis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat.

Notis itu menyebut bahawa ruang udara ke atas Singapura akan disekat sementara pada 11 Jun, 12 dan 13 Jun.

Singapura akan menjadi tuan rumah pertemuan puncak antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un pada 12 Jun.

Semua pesawat yang tiba di Lapangan Terbang Changi Singapura perlu mengurangkan kelajuan dan menghadapi beberapa sekatan ke atas penggunaan landasan “atas sebab keselamatan negara,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast