Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Kementerian Pemba­ngunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Suriani Ahmad bergambar kenangan bersama kakitangan LPPKN ketika mengadakan lawatan kerja di Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 07 JUN 2018.

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum mencapai kata putus mengenai potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) suami untuk suri rumah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata ini kerana terdapat beberapa perkara teknikal yang perlu diperhalusi termasuk peraturan KWSP.

“Mengikut Seksyen 51 Peraturan KWSP, tidak boleh disentuh caruman yang diberikan suami (11 peratus). Ketika ini, apa yang ada ialah Skim Persaraan 1Malaysia yang mana suami boleh secara sukarela akan memberi RM250 setahun.”

“Jadi kita perlu cari skim yang sesuai dan cara pelaksanaan terbaik untuk caruman tambahan ini. Saya sudah berbincang dengan Menteri Kewangan (Lim Guan Eng), kami perlu teliti peraturan (KWSP) dulu,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan rasmi pertamanya ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga telah mengadakan pertemuan dengan KWSP berhubung perkara itu.

Dilaporkan pertemuan tersebut antara lain membincangkan mekanisme pelaksanaan pemotongan caruman berkenaan selain keperluan suami yang beristeri lebih daripada satu atau yang berstatus ‘househusband’.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast