Bursa Malaysia ringgit
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam untuk dibuka lebih tinggi pagi ini dengan minat belian berterusan sementara menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang bulis, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,781.02, naik 3.89 mata, selepas dibuka 2.84 mata lebih kukuh pada 1,779.97 berbanding 1,777.13 penutup Rabu.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 206 berbanding 76 manakala 189 tidak berubah dengan 1,428 tidak didagangkan dan 32 yang lain digantung.

Sejumlah 168.81 juta saham bertukar tangan bernilai RM80.64 juta. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast