TERKINI : “Ada Orang Tanya Kenapa Tak Tangkap Jho Low?” – Muhyiddin

Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih menunggu beberapa maklumat yang tepat sebelum boleh menahan dan mendakwa Low Taek Jho yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya memerlukan sedikit masa lagi sebelum bertindak selanjutnya.

Menurutnya, isu 1MDB merupakan antara penyebab beliau dibuang daripada kerajaan terdahulu.