universiti malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) berpendirian untuk terus mempertahankan Rumah Kediaman Universiti (RKU) daripada diserahkan semula kepada pihak pengurusan Universiti Malaya.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Universiti Malaysia disenaraikan pada kedudukan ke-87 dalam kalangan universiti terbaik di dunia.

Ia membaiki kedudukannya yang berada di tempat ke-114 tahun lalu.

Kedudukan ranking universiti-universiti dunia itu dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) World Universiti Ranking 2018 membabitkan 1,000 universiti terbaik di 85 buah negara.

Universiti Kebangsaan pula berada pada kelompok kedudukan 200 universiti terbaik dunia dengan berada di tangga ke-184.

Manakala Universiti Putra Malaysia (UPM) melonjak sebanyak 27 anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-202.

Universiti Sains Malaysia juga memperbaiki kedudukan daripada tempat ke-264 kepada 207.

Sementara itu, Universiti Teknologi Malaysia melonjak di tangga ke-228 berbanding tempat ke-253 sebelum ini.

Pengarah Penyelidijan QS, Ben Sowter berkata, sistem pendidikan tinggi negara mempunyai reputasi yang kukuh dalam kalangan akademik dan majikan antarabangsa.

Tambahnya, untuk menyokong trajektori positif ini, universiti-universiti tempatan perlu terus memberi tumpuan meningkatkan kesan penyelidikan yang dihasilkan. ”

Institut Teknologi Massachusetts (MIT) berjaya mengekalkan sebagai universiti terbaik dunia tujuh tahun berturut-turut.

Tempat kedua adalah Universiti Standford dan ketiga Universiti Harvard. – MalaysiaGazette