Ketua Pegawai Eksekutif Glitzkoin, Datuk Seri Navneet Goenka beramah mesra bersama anak-anak Akademi Tahfiz Darul Abrar pada Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-anak Tahfiz Darul Abrar dan Anak Yatim Dun Meru anjuran Glitzkoin, Ceres Jewels dan Bawnanavneet di Starhill Gallery Entrance, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 08 JUN 2018.

KUALA LUMPUR – Syarikat pemilik koleksi barang kemas mewah, Ceres Jewels meraikan 30 pelajar tahfiz daripada Akademi Tahfiz Darul Arbar sempena bulan Ramadan.

Selain pelajar tahfiz, 15 anak yatim sekitar Meru, Klang turut dijemput bagi memeriahkan majlis.

Pada majlis berkenaan, Ceres Jewels menyampaikan sumbangan duit raya kepada setiap pelajar tahfiz dan anak yatim.

Penyampaian sumbangan disempurnakan pemiliknya, Datuk Seri Navneet Goenka.

“Ini kali pertama kami menganjurkan program kebajikan di negara ini, banyak program yang melibatkan Ceres Jewels namun ini kali pertama kami lakukan sendiri.

“Saya percaya ia akan menjadi acara tahunan buat syarikat ini sempena Ramadan. Malah kita akan buat majlis rumah terbuka Aidilfitri juga nanti, selain Deepavali yang diraikan masyarakat India,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa di Starhill Gallery.

Menurut Navneet, program seumpama ini adalah salah satu siri tanggungjawab sosial korporat mereka terhadap masyarakat yang memerlukan.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar. -MalaysiaGazette