SHAH ALAM, 26 Mac -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membalas tabik hormat sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Yang Ketiga Belas Tahun 2018 di Bangunan Dewan Negeri Selangor, hari ini. Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (kanan). -- fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan tindakan pihak tertentu yang secara terbuka menghina serta memperlekeh institusi raja bagi menghasut dan mempengaruhi rakyat supaya membenci Raja-raja Melayu.

Titah baginda, paling mendukacitakan adalah apabila hasutan supaya membenci Raja-Raja Melayu itu dilakukan oleh segelintir orang Melayu sendiri.

“Peranan institusi raja adalah bagi memelihara dan mempertahankan kedudukan orang Melayu dan agama Islam serta kaum-kaum lain di negara ini.”

“Penularan budaya ini dalam kalangan pihak tertentu harus dihentikan agar rakyat tidak terus dihasut supaya membenci Raja-raja Melayu sehingga mengakibatkan taat setia rakyat terhakis,” titah baginda pada majlis berbuka puasa bersama rakyat dan penyampaian sumbangan hari raya, di sini hari ini.

Turut berangkat ke majlis tersebut adalah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast