Mohamed Salah hanya sempat beraksi selama 30 minit pada final Liga Juara-Juara selepas gara-gara dikasari Sergio Ramos.
Mohamed Salah hanya sempat beraksi selama 30 minit pada final Liga Juara-Juara selepas gara-gara dikasari Sergio Ramos.

LONDON – Penyerang Liverpool, Mohamed Salah mengakui dia perlu mengambil masa untuk melupakan insiden kapten Real Madrid, Sergio Ramos ketika final Liga Juara-Jaura bulan lalu.

Pemain antarabangsa Mesir itu memberitahu, sehingga kini dia belum membalas mesej yang dihantar oleh Ramos selepas insiden itu.

“Insiden itu merupakan saat terburuk dalam karier saya. Saya berasa sangat sakit selepas terjatuh.

“Perasaan ketika itu bercampur marah dan sedih kerana tidak dapat meneruskan aksi akhir itu.

“Selepas itu, saya juga terfikir kemungkinan tidak dapat bermain pada Piala Dunia dan ia menghancurkan jiwa saya.

“Dia ada menghantar mesej, tetapi saya tidak pernah beritahunya bahawa ia OK,” ujarnya kepada media Sepanyol, Marca.

Salah terpaksa meninggalkan padang di Kiev dengan air mata selepas dikasari Ramos sehingga bahunya terseliuh sekali gus mengugat masa depan untuk beraksi ke Piala Dunia bersama Mesir bermula Khamis ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast