Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V perkenan agar peruntukan gaji dan emolumen baginda dikurangkan sebanyak 10 peratus sepanjang tempoh pemerintahan baginda sehingga tahun 2021.

Datuk Pengelola Bajaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Ab. Aziz berkata, Sultan Muhammad V prihatin terhadap tahap hutang negara dan keadaan ekonomi negara.

“Baginda amat tersentuh dan mezahirkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah bermurah hati menyumbang kepada Tabung Harapan yang telah diwujudkan oleh kerajaan baru baru ini.

“Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku juga ingin bersama rakyat menunaikan tanggungjawab baginda dengan bertitah perkenan agar peruntukan gaji dan emolumen Baginda dikurangkan sebanyak 10 peratus sepanjang tempoh pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong iaitu sehingga tahun 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 23 Mei lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan gaji jemaah menteri dikurangkan sebanyak 10 peratus berkuat kuasa serta merta yang  menunjukkan keprihatinan mereka terhadap masalah kewangan negara.

Menurut Wan Ahmad Dahlan, baginda juga telah bertitah untuk tidak mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Istana Negara pada tahun ini.

“Anggaran peruntukan kewangan Majlis Rumah Terbuka tersebut sepatutnya digunakan untuk memabntu golongan yang kurang bernasib baik,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast