Belgium berada pada prestasi terbaik untuk membuat kejutan di Piala Dunia 2018 di Rusia.
Belgium berada pada prestasi terbaik untuk membuat kejutan di Piala Dunia 2018 di Rusia. foto Agensi

LONDON – Eden Hazard yakin Belgium kini berada di puncak prestasi, sekali gus skuad kendalian Roberto Martinez diramal membuat kejutan di Piala Dunia 2018.

Bintang Chelsea itu berkata, prestasi yang hebat di peringkat kelab oleh pemain-pemain utama negara itu seperti dirinya, Kevin De Bruyne dan Romelu Lukaku menjadi faktor utama untuk menjadi pencabar disegani.

Belgium hadir di Russia berbekalkan pasukan yang paling berbakat dalam kejohanan selepas dibarisi oleh kebanyakan pemain yang beraksi di liga utama Eropah.

Seperti Hazard yang melalui kempen yang cemerlang bersama Chelsea dalam beberapa musim terakhir, De Bruyne turut muncul selaku antara pemain terbaik di Liga Perdana Inggeris pada musim ini bersama Manchester City.

Empat tahun lalu, Belgium hadir ke saingan Piala Dunia 2014 dengan impian tinggi tetapi hanya memberikan kesan minimum dan Hazard percaya mereka perlu membuktikan kemampuan sebenar dalam kejohanan kali ini.

“Saya rasa semua pemain berada dalam keadaan terbaik. De Bruyne bersama City, Lukaku bersama Manchester United sementara saya dan Thibaut Courtois di Stamford Bridge.

“Kami bersama pasukan hebat dan mengharungi musim yang baik. Jadi, jika kami mahu melakukan sesuatu yang menggemparkan, ini adalah masanya.

“Masanya bukan dalam tempoh setahun, dua tahun atau empat tahun. Saya rasa kini adalah detik terbaik untuk bersatu dan mencipta kejayaan,” katanya kepada Skysports. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast