Olivier Giroud menerima enam jahitan untuk menutup luka di atas matanya dalam perlawanan persahabatan antara Perancis dan Amerika Syarikat di Lyon, semalam.
Olivier Giroud menerima enam jahitan untuk menutup luka di atas matanya dalam perlawanan persahabatan antara Perancis dan Amerika Syarikat di Lyon, semalam.

LYON – Kurang seminggu Piala Dunia 2018 di Rusia bermula, penyokong bola sepak Perancis kini b menunggu penuh debar kemungkinan pasukan kebangsaan mereka terpaksa beraksi tanpa Olivier Giroud.

Ia berikut insiden perlanggaran berdarah dalam perlawanan persahabatan antara Perancis dan Amerika Syarikat yang berkesudahan seri 1-1 di Stadium Parc Olympique Lyonnais, Lyon semalam.

Insiden itu berpunca apabila Giroud bertembung dengan pemain lawan Matt Miazga, pada awal babak kedua perlawanan yang menyebabkan kepala kedua-dua pemain berdarah.

Kedua-dua pemain dilihat terbaring apabila pasukan perubatan memberi rawatan.

Giroud kemudian dibawa keluar padang dengan kepalanya berbalut, sementara Miazga terpaksa diusung keluar.

Menurut laporan media, Giroud menerima enam jahitan untuk menutup luka di atas matanya, sementara Miazga dikatakan menerima 15 jahitan.

Namun, pemeriksaan awal menunjukkan kedua-duanya tidak mengalami konkusi.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps kini dikatakan gelisah menunggu laporan perubatan Giroud untuk menentukan sama ada dia boleh beraksi dalam Piala Dunia di Rusia.

Pengalaman Giroud merupakan antara kekuatan yang diperlukan Perancis terutama dalam pertembungan pasukan pilihan.

Perancis yang berada di kumpulan C akan memulakan saingan peringkat kumpulan melawan Australia Sabtu ini. Dua pasukan lain dalam kumpulan itu adalah Peru dan Denmark. – MalaysiaGazette