Yaya Toure pembohong
Pep Guardiola menafikan dakwaan Toure kononnya dia bertindak rasis ke atas pemain Afrika.

SEPANYOL – Pep Guardiola menolak dakwaan Yaya Toure bahawa Pengurus Manchester City itu mempunyai masalah dengan pemain Afrika Selatan.

Bekas Pengurus Barcelona itu menyifatkan dakwaan Toure sebagai  pembohongan tidak berasas.

Pep juga mempersoalkan tindakan bekas pemain Etihad itu yang cuba memburukkan reputasinya sejurus selepas meninggalkan kelab tersebut.

Guardiola masih mengambil pendirian membisu minggu lalu selepas beberapa siri tuduhan menyusul daripadaToure dan juga agennya berkenaan sikap bekas Pengurus Bayern Munich itu.

Toure mendakwa bekas bosnya cuba menamatkan kriernya semasa melalui musim terakhir bersama Man City tahun ini.

Toure sejak awal lagi berhasrat untuk berhijrah ke kelab EPL lain supaya dapat membalas dendam terhadap bekas jurulatihnya, Pep Guardiola dan Man City musim hadapan.

Malah, Agennya Dimitry Seluk mencadangkan Toure akan menyertai kelab pesaing Man City dengan pendapatan serendah £1 seminggu ditambah dengan bonus.

Isu itu seolah tidak reda tanpa reaksi daripada pengurus kelab Man City mengenai dakwaan tersebut.

Bercakap dari Sepanyol, Guardiola menolak sekeras-kerasnya dakwaan bahawa dia melayan Toure lebih teruk atau bersikap rasis.

“Ia satu pembohongan dan dia sendiri mengetahuinya.

“Kami telah bersama di kelab ini (Etihad) selama dua musim.

“Kini dia mendakwa yang bukan bukan tetapi tidak berani cakap di depan saya,” tegas kepada stesen televisyen tempatan, TV3 di Sepanyol. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast