Sawarak state election government assembly Abang Johari Tun Openg.
Abang Johari Tun Openg

KUALA LUMPUR – Empat parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sarawak keluar dari parti itu serta merta dan membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Openg berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara oleh Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokrat Progresif (PDP) pada mesyuarat majlis tertinggi Barisan Nasional hari ini.

“Keputusan untuk meninggalkan dibuat selepas perbincangan dan pertimbangan sewajarnya, dengan mengambil kira perkembangan politik negara selepas pilihan raya umum ke-14,” kata Abang Johari.

Tambahnya Presiden PBB itu, GPS akan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk kepentingan nasional demi negeri Sarawak.

“”Kami akan melindungi kepentingan semua rakyat Sarawak secara inklusif tanpa mengira saiz komuniti tersebut.

“”Gabungan baru ini akan membolehkan kami memberi tumpuan pada kepentingan dan hak Sarawak berasaskan MA63 (Perjanjian Malaysia 1963).”,” tambahnya.

Untuk rekod, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini memaklumkan bahawa dakwaan PBB meninggalkan BN adalah di luar pengetahuannya dan dalam masa sama beliau menafikan menemui Johari untuk merayu tidak meninggal parti itu. -MalaysiaGazette