Pemain Belgium Romelu Lukaku (kanan) gembira selepas menjaringkan dua gol pada perlawanan pemanas badan akhir awal pagi tadi.

BRUSSELS – Pasukan Belgium menjaringkan empat gol pada perlawanan pemanas badan terakhir dengan menewaskan Costa Rica pada awal pagi tadi.

Dua daripada jaringan pasukan itu dilakukan oleh Romelu Lukaku dan seorang lagi pemain yang menunjukkan persembahan hebat Eden Hazard, lapor dailymail.co.uk.

Namun, pada minit ke-70 penyokong Belgium berasa bimbang apabila Hazard dikeluarkan.

Pada awal perlawanan Costa Rica mendahului permainan apabila menjaringkan satu gol menerusi Brian Ruiz bagi memberi tekanan kepada Belgium.

Bagaimanapun, gol pendahuluan pasukan itu tidak bertahan lama selepas berjaya dipintas oleh pasukan Belgium. – MalaysiaGazette