Graham Potter
Graham Potter

LONDON – Kelab Swansea City hari ini mengumumkan pelantikan Graham Potter sebagai pengurus baharu pasukan itu.

Lantikan itu dibuat selama tiga tahun dari kelab Sweden Ostersunds.

Potter yang berusia 43 tahun mendapat pengiktirafan itu selepas membantu Ostersunds pada tempoh tujuh tahun dengan membawa pasukan itu ke divisyen utama dari divisyen empat.

Malah, beliau turut terlibat membantu Ostersunds mara ke saingan Liga Europa musim lalu sebelum disingkirkan Arsenal.

Pelantikan Potter itu bagi menggantikan pengendali dari Portugal, Carlos Carvalhal yang meninggalkan Swansea selepas kelab tersebut tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu. – MalaysiaGazette