Thomas Lemar
Thomas Lemar mengikat perjanjian dengan Atletico madrid musim ini

RUSIA – Atletico Madrid telah mencapai perjanjian asas dengan bintang sayap Monaco CF, Thomas Lemar hari ini.

Lemar ketika ini bersama skuad kebangsaan Perancis untuk menghadapi kejohanan bola sepak Piala Dunia Rusia 2018 yang akan membuka tirai pada esok secara rasmi.

Pemain berusia 22 tahun itu telah menghabiskan kariernya selama tiga musim bersama kelab Perancis itu di Ligue 1.

Sebelum ini, kelab England Arsenal telah cuba sedaya upaya untuk melamar pemain berbisa itu tetapi gagal mengikat khidmatnya ke Emirates.

Malah musuh tradisi Manchester United, Liverpool juga antara kelab yang menunjukkan minat ke atas pemain itu sejak tahun lalu apabila bersedia menawarkan £60 juta (RM320 juta).

“Untuk beberapa hari akan datang, kedua-dua kelab akan bekerja rapat untuk memuktamadkan pembelian pemain itu,” kata kelab itu dalam satu kenyataan rasmi semalam.

Lemar menjaringkan 22 gol dalam 123 penampilan bersama Monaco selain membantu menjulang kejuaraan Ligue 1 dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah pada 2016-17.

Lemar telah menjaringkan 3 gol dalam 12 perlawanan antarabangsa bersama Perancis.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast