Gambar pasukan Squad England.

RUSIA- Kurang 24 jam sahaja untuk kejohanan bola sepak Piala Dunia 2018 membuka tirai secara rasmi esok – skuad England bersama pengurusnya, Gareth Southgate sudah selamat tiba di Rusia.

England akan bertemu Tunisia dalam perlawanan pertama di peringkat Kumpulan C.

Temasya kali ini menyaksikan 32 negara akan berebut piala bola sepak paling berprestij di dunia yang sedang dinanti-natikan peminat bola sepak.

Southgate berkata dia rasa bangga kerana memimpin pasukan England yang muda ke Piala Dunia kali ini.

Southgate pernah beraksi bersama skuad England dalam 57 penampilan termasuk Piala Dunia 1998 di Perancis dan 2002 di Korea.

“Kami hanya mempunyai tempoh yang singkat untuk bersiap sedia menghadapi Tunisia,” katanya.

Juara bertahan Jerman juga sudah tiba di Rusia dan berada dalam Kumpulan F bersama Mexico, Sweden dan Korea Selatan.

Ia dianggap kumpulan maut menurut pemerhati dan pengulas sukan bola sepak.

Jerman akan bertemu Mexico pada Ahad ini dan perlawanan itu disifatkan sebagai laluan getir bagi kedua-dua pasukan itu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast