BEIRUT – Sekurang-kurangnya 10 awam termasuk tiga kanak-kanak terkorban dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) di sebuah wilayah yang kononnya dikuasai anggota pengganas militan IS di Syria pada Selasa.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia di Syria, serangan udara di Tal al-Shair di sebuah wilayah Timur laut Hasakeh itu dilakukan oleh pakatan bertempur pimpinan AS terhadap IS di Syria.

Setakat ini, tidak ada sebarang pengesahan diterima daripada gabungan bertempur yang dikepalai AS untuk kejadian tersebut.

Menurut pemerhati berkenaan serangan udara sedemikian rupa pada minggu lalu juga menyebabkan 11 orang awam terkorban di kawasan sama jajahan IS dan 12 lagi terbunuh semasa serbuan mengejut oleh gabungan itu pada 1 Jun lalu.

Gabungan itu memberitahu agensi berita bahawa pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap dakwaan insiden minggu lalu.

Awal bulan ini, pihak yang sama mengakui kematian sembilan lagi orang awam sekaligus menunjukkan umlah keseluruhan seramai 892 jumlah orang awam terbunuh sejak serangan itu dilancarkan di Iraq dan Syria.

Lebih daripada 350,000 orang telah terbunuh dalam perang Syria sejak peperangan bermula pada tahun 2011 dengan tindakan keras dan kejam terhadap protes anti-kerajaan. – MalaysiaGazette