Mohamed Salah

KUALA LUMPUR – Bintang Mesir Mohamed Salah dilaporkan sudah pulih daripada kecederaan di bahunya dan dijangka turun beraksi menentang Uruguay dalam perlawanan pusingan awal pembukaan peringkat kumpulan Piala Dunia esok.

Jurulatih Mesir Hector Cuper memberi jaminan Mohamed akan diturunkan dan optimistik penyerang sensasi Liverpool itu akan memberi persembahan terbaik menentang Uruguay nanti.

“Kami masih perlu perhatikan bagaimana sesi latihan berjalan hari ini, tetapi saya boleh beri jaminan 100 peratus yang beliau akan bermain, kami semua sangat optimistik yang beliau akan beraksi di atas padang,” umum Cuper pada Khamis.

Jurulatih Argentina berusia 62 tahun itu menambah: “Salah adalah pemain yang baik dan dia pulih dengan cepat.”

Salah, yang mengalami kecederaan dalam perlawanan akhir Liga-liga Juara yang menyaksikan Liverpool, yang diwakilinya, menentang Real Madrid pada 26 Mei, adalah antara nama besar yang menjadi perhatian dalam Piala Dunia kali ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast