Kementerian Pendidikan sedang menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan penyelewengan dalam penberian kontrak pembekalan tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak.
Kementerian Pendidikan sedang menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan penyelewengan dalam penberian kontrak pembekalan tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak.
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan sedang menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan penyelewengan dalam penberian kontrak pembekalan tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak.
Menterinya Dr. Maszlee Malik berkata, pihaknya masih meneliti beberapa perkara dan sehingga kini proses siasatan masih berjalan.
“Perkara (isu penyelewengan solar) masih dalam siasatan lagi
“SPRM juga sudah pun memulakan penyiasatan beberapa bulan lepas, kita tunggu hasilnya,” katanya tanpa mengulas lebih lanjut.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Barisan Jemaah Menteri Kompleks Seri Perdana, di sini.
Selain beliau dan Tun M, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun turut hadir memeriahkan majlis bersama lebih 70,000 orang awam yang membanjiri sambutan sejak 10 pagi tadi.
Sebelum ini Maszlee juga telah menjelaskan bahawa pegawai kementeriannya telah diarah menyiasat dan memberi taklimat penuh tentang masalah d isebalik isu itu untuk mengenalpasti individu  yang terlibat dalam penyelewengan pemberian kontrak membekal tenaga solar itu.
“Walaupun keadaan itu cuba dibetulkan oleh beberapa pegawai yang menyedari wujudnya isu ketidakpatuhan tatacara perolehan dalam projek itu namun nasihat beliau tidak dipedulikan pihak berkenaan,” ujarnya .
Projek hibrid solar yang dirancang ke sekolah di Sarawak dikatakan bernilai RM1.25 bilion dan didakwa diberikan secara kontrak langsung oleh bekas pemimpin negara. – MalaysiaGazette