Tuan rumah, Rusia mempamer aksi meyakinkan apabila menewaskan Arab Saudi 5-0 pada aksi pembuka tirai Piala Dunia 2018.
Tuan rumah, Rusia mempamer aksi meyakinkan apabila menewaskan Arab Saudi 5-0 pada aksi pembuka tirai Piala Dunia 2018.

MOSCOW – Tuan rumah, Rusia berpesta gol ke atas Arab Saudi pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2018 di sini malam tadi.

Rusia menang selesa dengan jaringan 5-0 ke atas Arab Saudi bagi saingan Kumpulan A.

Gol kemenangan anak buah Stanislav Cherchesov muncul pada minit ke-12 menerusi jaringan Gazinskiy, Cheryshev (43′, 90′), Dzyuba (71′) dan Golovin (94′).

Skuad Rusia mempamer aksi cemerlang di depan 80,000 penonton yang menyaksikan perlawanan itu di Stadium Luzhniki yang turut dihadiri oleh Presiden Russia, Vladimir Putin serta Putera Arab Saudi.

Kemenangan besar itu cukup bermakna buat Rusia selepas gagal meraih kemenangan hampir setahun di pentas antarabangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast