Solat sunat
Arkib. foto SYAFIQ AMBAK, 17 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Selangor memutuskan solat sunat Aidilfitri di negeri itu diawalkan pada jam 8 pagi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Hashim berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Ketua Agama Islam negeri berkenaan menitahkan pelaksanaan solat sunat Aidilfitri 1439H ditetapkan pada jam 8 pagi ini.

Ini bagi membolehkan umat Islam mempunyai masa yang mencukupi untuk menziarahi sanak saudara berikutan hari raya pertama Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat.

Tambah Haris, keputusan tersebut diambil bagi memastikan sambutan hari raya tidak menjejaskan kewajiban umat Islam menunaikan solat Jumaat.

“Penyelarasan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan kepada jemaah dan ketidakseragaman waktu solat antara masjid dan surau di Selangor.

“Pada kesempatan ini JAIS memohon kepada semua imam masjid dan surau agar membacakan Khutbah Khas Aidilfitri dan Khutbah Jumaat yang diterbitkan oleh jabatan ini yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi emasjid.jais.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan di sini.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast