Bintang hatrik Portugal, Ronaldo bersama anugerah pemain terbaik perlawanan menentang Sepanyol dalam aksi kumpulan B semalam.

MOSCOW – Gol hatrik Cristiano Ronaldo dalam aksi Piala Dunia Rusia 2018 semalam membantu pasukan Portugal terikat 3-3 dengan lawannya Sepanyol semalam.

Dalam aksi dramatik pasukan kumpulan B itu di Sochi, sepakan percuma oleh pemain Real Madrid itu mengecewakan pasukan La Roja yang berusaha mengutip tiga mata penuh.

Gol penuh dramatik pada minit ke-88 oleh Ronaldo menafikan usaha Sepanyol untuk meraih tiga mata penuh semalam.

Ronaldo berjaya meletakkan pasukan di hadapan menerusi penalti pada minit ke-4 di Stadium Fisht Olympic.

Kemudian Ronaldo menambah jaringan kedua pada minit ke-44 sebelum tamat babak pertama ekoran kesilapan oleh penjaga gol Sepanyol David de Gea dan diikuti gol ketiga.

Diego Costa menyedari masalah pasukannya sejak jurulatih awal Julen Lopetegui dipecat, memberi semangat menerusi gol penyamaan pada minit ke-24 sebelum mengikat kedudukan di babak kedua pada minit ke-55.

Tiga minit kemudian Sepanyol berjaya mendahului Portugal dengan gol ketiga pada minit ke-58 menerusi Nacho.

Bagaimanapun usaha skuad bimbingan jurulatih baharu Fernando Hierro untuk mempertahankan keputusan itu dihancurkan oleh gol sepakan percuma Ronaldo.

Statistik aksi semalam menunjukkan Ronaldo telah menyempurnakan 94 peratus hantaran tepat untuk pasukannya.

Ronaldo juga muncul sebagai penjaring hatrik tertua dalam sejarah piala dunia iaitu berusia 33 tahun dan 130 hari.

Pemain Belanda Rob Rensenbrink selama ini kekal sebagai penjaring hatrik tertua pada June 1978 menentang Iran semasa berusia 30 tahun.

Gol ketiga menerusi sepakan percuma Ronaldo merupakan percubaannya yang ke-45 untuk pasukan kebangsaan.

“Saya sangat gembira dengan jaringan hatrik (peribadi) saya.

“Kami telah menentang pasukan pilihan juara Piala Dunia malam ini.

“Sebelum ini kami pernah menang dan seri ke atas mereka dan keputusan seri 3-3 malam ini adalah adil.

“Kini kami perlu fokus untuk perlawanan seterusnya,” kata pemain itu kepada media selepas perlawanan.

Ronaldo menang trofi pemain terbaik perlawanan malam tadi selepas mencipta gol hatrik untuk pasukannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast