Penyanyi veteran, Aman Shah pada Majlis Ketupat Rendang Jalinan Kasih di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 26 MEI 2018.
Penyanyi veteran, Aman Shah pada Majlis Ketupat Rendang Jalinan Kasih di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 26 MEI 2018.

KUALA LUMPUR – Gara-gara masih lagi segak walaupun usia mencecah 64 tahun, penyanyi terkenal era 80-an, Aman Shah pernah dituduh memakai susuk untuk kekal muda.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah, Aman mendedahkan, amalan menjaga pemakanan dan rawatan secara semula jadi menjadi rahsia awet muda dirinya.

“Kalau saya pakai susuk, saya telah menduakan Allah swt. Saya hanya mampu mengucap panjang apabila ada yang menuduh saya memakai susuk hanya kerana wajah awet muda.

“Apa yang saya amalkan adalah cara pemakanan sihat dan untuk wajah pula saya buat rawatan wap dan urutan yang dilakukan sendiri,” katanya kepada MalaysiaGazette, baru-baru ini.

Ketika ditemui, penyanyi yang cukup popular dengan lagu Adikku Pandai Menari ini bukan sahaja kelihatan sihat tetapi ternyata masih segak dan tampan seperti zaman kegemilangannya.

Dalam perkembangan lain, Aman yang berstatus duda berkata, perkahwinan bukan lagi keutamaan buat dirinya namun tidak pernah menolak jika bertemu jodoh buat kali keempat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast