David de gea gagal menampan kemas tendangan Cristiano Ronaldo menyebabkan dia dikritik hebat.
David De Gea gagal menampan kemas tendangan Cristiano Ronaldo menyebabkan dia dikritik hebat.

MOSCOW – Pengurus Manchester Manchester United mempertahankan kecuaian David De Gea selepas penjaga gol itu melepaskan tiga gol ketika aksi seri 3-3 bertemu Portugal pada perlawanan Piala Dunia awal pagi semalam.

Jose Mourinho berharap De Gea dapat memperbaiki pada perlawanan seterusnya dan tidak mengulangi kesilapan menerusi gol kedua yang gagal ditampan kemas dan menerjah gawang.

De Gea yang beraksi bersama Sepanyol gagal menyekat tiga gol jaringan pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo.

“Dia adalah pemain saya dan aksunya memang kecewa tetapi dia tahu kesilapannya.

“Dia tidak melakukan kesilapan itu ketika bersama kami dan dia telah menunjukkan prestasi menakjubkan sepanjang musim. Tetapi ia memang tetap berlaku kepada pemain terbaik.

“Apa yang penting, masih ada lagi perlawanan, jangan takut, yakin dan bersedia untuk kembali ke pasukan,” jelas Mourinho kepada Russia Today. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast