RUSIA – Hasrat Lionel Messi untuk menjulang piala dunia di Rusia kali ini tidak menampakkan permulaan yang baik .

Bintang Barcelona itu gagal menjaringkan gol menerusi sepakan penalti dan Iceland menyekat kemaraan Argentina untuk memungut tiga pata penuh dalam aksi semalam apabila terikat 1-1.

Messi diramal membawa impak ketika berdepan Iceland dalam aksi pertama kumpulan D di Stadium Spartak semalam selepas bintang Portugal mencipta gol hatrik kelmarin namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Sergio Aguero meletakkan Argentina di hadapan menerusi gol pada minit ke-19.

Bagaimanapun kelemahan di bek pertahanan menghukum pasukan itu apabila Iceland bangkit mengikat kedudukan pada minit ke-23 menerusi Alfred Finnbogason.

Disiplin, kekebalan di pertahanan serta taktik yang licik Iceland berjaya menyekat ruang dan pergerakan Angel di Maria dan Messi untuk merobek gawang lawan.

Ia telah mengecewakan Argentina apabila Lionel Messi gagal menyempurnakan penalti yang diperolehi.

Ia satu kejutan besar untuk peminat bola sepak khususnya Lionel Messi sendiri.

Messi menamatkan perlawanan yang keputusan terikat 1-1 dengan 11 percubaan tepat tanpa gol.

Argentina diambang dilema untuk melakukan sesuatu bagi memperkuatkan pertahanan mereka selepas ini.

Bagi Iceland ia merupakan aksi piala dunia pertama dalam sejarah bola sepak negara itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast