KUALA LUMPUR – AirAsia akan menambah jumlah penerbangan antara Kota Kinabalu dan Singapura kepada 14 penerbangan mingguan bermula 1 Ogos ini.

Kekerapan penerbangan tambahan tersebut dijangka memacu hubungan udara antara kedua-dua bandar tersebut, selari dengan komitmen AirAsia untuk merapatkan jurang di ASEAN.

Ketua Komersial AirAsia Malaysia Spencer Lee berkata, AirAsia akan mengendalikan perkhidmatan sebanyak dua kali sehari dari Kota Kinabalu ke Singapura.

Peningkatan penerbangan ini membolehkan kami menawarkan lebih banyak pilihan kepada para penumpang sama ada yang melancong untuk perniagaan atau percutian.

Untuk meraikan penambahan penerbangan tersebut, AirAsia menawarkan promosi tambang termasuk semua daripada RM148 sehala dari Kota Kinabalu ke Singapura.

Tempahan boleh dibuat di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari sekarang hingga 23 Jun 2018 untuk tempoh perjalanan antara sekarang dan 31 Januari 2019.

AirAsia kini menghubungkan lapan laluan domestik dari Kota Kinabalu – Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang, Kuching, Miri, Sandakan dan Tawau.

Syarikat penerbangan ini juga menghubungkan sembilan laluan antarabangsa dari Kota Kinabalu – Singapura, Hong Kong, Manila, Taipei, Guangzhou, Hangzhou, Wuhan, Shenzhen dan laluan terus terbaru kami ke Bangkok bermula 16 Ogos 2018.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast