Foto Instagram Siti Nurhaliza.
Foto Instagram Siti Nurhaliza.

KUALA LUMPUR – Selepas mengunjungi Tun Dr Mahathir Mohamad sempena Hari Raya Aildiftri kelmarin, artis tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut melawat timbalan beliau, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Kunjungan Siti bersama suami, Datuk Seri Mohamad Khalid Jiwa dan puteri sulung mereka, Siti Aafiyah juga disambut mesra oleh suami Timbalan Perdana Menteri itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Foto Instagram Mohamed Azmin Ali.
Foto Instagram Mohamed Azmin Ali.

Tidak berakhir di situ, Siti yang seperti beraya sakan selepas pertama kali bergelar ibu turut melawat Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azmin turut berkongsi pertemuan itu di Instagramnya yang disertai isteri, Datin Seri Shamsidar Tahrin.

Siti pula memuat naik foto bersama pemimpin tertinggi Pakatan Harapan itu menerusi Instagram peribadinya semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast