Tony Fernandes

KUALA LUMPUR – AirAsia Group Berhad (AAGB) menolak semua dakwaan yang dibuat dalam Laporan Maklumat Awal (FIR) oleh Biro Siasatan Pusat India (CBI) terhadap syarikat penerbangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan timbalan ketua pegawai eksekutifnya, Bo Lingam.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AAGB menyifatkan semua tuduhan tersebut sebagai tidak berasas, tidak disokong dan tidak adil dan akan mencabar dakwaan-dakwaan tersebut.

Ini kerana, katanya, maklumat yang diperoleh adalah daripada “sumber yang boleh dipercayai yang tidak dinamakan.

AAGB turut mempersoalkan motif sumber yang tidak dinamakan, individu dan organisasi yang mengemukakan FIR tersebut.

Bagaimanapun, katanya, syarikat itu akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa India selaras dengan proses yang wajar dalam undang-undang,” katanya.

Fernandes telah menerima notis dari CBI melalui emel yang mahu menyoal pengasas AirAsia itu mengenai kelulusan daripada Pihak Berkuasa Promosi Pelabur Luar untuk melabur di India.

Beliau juga didakwa cuba mendapatkan peraturan penerbangan awam “5/20″ supaya AirAsia dapat memulakan operasi antarabangsa di India.

AAGB berkata, penjawat awam yang tidak dikenali telah terlibat dalam konspirasi jenayah melibatkan AirAsia Bhd, AirAsia India, Fernandes, Lingam, empat pihak yang dinamakan dan penjawat awam dan orang perseorangan yang tidak diketahui untuk mempercepat proses kelulusan dan perubahan dalam dasar penerbangan untuk memenuhi keperluan AirAsia India dengan melobi pihak berkepentingan dalam Kerajaan India melalui cara yang tidak telus.

AAGB turut mengulangi bahawa semua tuduhan dalam FIR tidak berasas dan tanpa dasar rasional dan tidak dapat difahami sepenuhnya dalam konteks norma tadbir urus korporat di Malaysia.

Lantaran itu, AAGB menafikan semua dakwaan salah laku dan akan menggunakan semua saluran undang-undang yang ada untuk menangani dakwaan-dakwaan tersebut,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast