Layangan kad merah untuk pemain Columbia, gol Yuya Osako bantu Jepun balas dendam kekalahan emopat tahun lalu pada Piala Dunia Rusia 2018 Kumpulan H malam tadi.

MOSCOW – Di atas kertas Columbia merupakan pilihan menang aksi menentang Jepun dalam aksi pertama peringkat kumpulan H Piala Dunia Rusia 2018 malam ini.

Namun dalam aksi di Stadium Sharank tadi, insiden kad merah dan gol Yuya Osako berjaya menjinakkan Columbia yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Kad merah pada minit ke-5 salah seorang pemain Columbia Carlos Sanches kerana menepis bola dengan tangan mengakibatkan Blue Samurai membuka gol pertama menerusi Shinji Kagawa pada minit ke-6 babak pertama.

Ia merupakan kad merah kedua paling terpantas yang dilayangkan dalam sejarah bola sepak piala dunia selepas nasib sama menimpa pemain Uruguay pada tahun 1986.

Columbia yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada 15 minit pertama bergelut kerana tidak dapat menahan serangan bertubi tubi Jepun yang mencari gol kedua.

Namun, Columbia berjaya memperolehi sepakan percuma sebelum menjaringkan gol penyamaan menerusi Juan Quintero pada minit ke-38 sebelum tamat babak pertama.

Jepun yang kembali bertenaga pada separuh masa kedua mula mengatur strategi dengan kemasukan bintang berpengalamannya Honda dan beraksi agresif dan menguasai 71 peratus bola di atas padang.

Bagi bintang Monaco, Radamel Falcao ia merupakan penampilan pertama piala dunia dalam kariernya dan mahu mencatatkan kemenangan dalam perlawanan pertama itu.

Bagaimanapun, negara matahari terbit itu sekali lagi memusnahkan impian skuad Amerika Selatan itu apabila membuka gol kedua dan juga kemenangan pada minit ke-72 merusi Osako.

Bagi Jepun ia satu lagi kenangan manis apabila berjaya membalas kekalahan kepada Columbia pada temasya sama empat tahun lalu.

Kemudian jepun diserang bertubi-tubi dari Columbia yang memburu gol penyamaan.

Namun bek pertahanan kebal Jepun berjaya menghampakan segala percubaan Columbia sebelum perlawanan memihak kepada Jepun dengan keputusan 2-1.- Malaysiagazette