Pasukan pencari dan menyelamat sedang mengesan penumpang-penumpang yang masih hilang selepas feri yang dinaiki karam di Pulau Sumatera. foto Agensi

TIGARAS – Agensi Pencarian dan Penyelamat Kebangsaan (Basarnas) Indonesia telah menyemak semula jumlah penumpang yang hilang kepada 180 orang selepas feri yang dinaiki di Tasik Toba karam di Pulau Sumatera awal minggu ini.

Maklumat awal memaklumkan sejumlah 130 orang penumpang yang menaiki feri tersebut.

Angka terbaharu itu merupakan tiga kali ganda daripada kapasiti feri berkenaan.

Ketua Basarnas, Budiawan berkata, seramai 18 orang penumpang berjaya diselamatkan dan dua mayat telah ditemui pada petang Isnin lalu.

“Berdasarkan data, kami sedang mengesan 180 orang,” katanya sambil menambah semakin ramai yang datang memaklumkan tentang kehilangan keluarga. – MalaysiaGazette