FIFA siasat kegagalan sistem VAR bertindak dalam rayuan England yang dinafikan sepakan penalti pada aksi Isnin lalu

MOSCOW – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sedang menyiasat kegagalan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) di Piala Dunia Rusia 2018.

Tindakan itu menyusul selepas England dinafikan dua sepakan penalti yang sepatutnya diterima pada aksi menang menentang Tunisia Isnin lalu.

Skuad gareth Southgate sepatutnya dihadiahkan dua sepakan penalti kerana sangat jelas menunjukkan berlaku terjahan keras oleh Fwerjani Sassi ke atas Harry Kane di dalam kotak penalti.

Bagaimanapun Wilmar Roldan selaku pengadil perlawanan itu tidak menolak rayuan penalti oleh the Lions dan pegawai VAR juga gagal mengambil tindakan sewajarnya.

England dalam perlawanan itu menewaskan Tunia 2-1.

Nasib sama telah berlaku terhadap pasukan Brazil yang terikat 1-1 menentang Switzerland.

Brazil berpendapat mereka dinafikan dua keputusan penting yang harus memberi keadilan kepada pasukan itu dalam aksi itu.

Insiden berkenaan meninggalkan persoalan mengenai kerelevenan peranan VAR pada kejohanan edisi ke-21 itu.

Persatuan Bola Sepak (FA) setiap pasukan bertanding di Rusia sedang menunggu keputusan FIFA dalam perkara tersebut.

Pengarah teknikal FA Dan Ashworth telah melengkapkan taklimat mengenai aksi pada Isnin dan badan pentadbir bola sepak Inggeris tidak akan mengambil sebarang tindakan sehingga mendapat hasil sama ada FIFA akan bercampur tangan dan menjelaskan keputusannya secara terbuka. – MalaysiaGazette