Dzyuba menyumbat gol ketiga Rusia sekaligus mencerahkan peluang pasukan tuan rumah itu melangkah ke pusingan ke16 temasya ke21 itu di Rusia malam tadi.

MOSCOW – Rusia kini dalam posisi terbaik menempah tiket awal ke pusingan ke-16 Kejohanan Piala Dunia 2018 kali ini.

Selaku tuan rumah Rusia menundukkan Mesir 3-1 di Stadium St Petersburg.

Rusia yang berjaya membelasah Arab Saudi 5-0 pada aksi pembukaan temasya ke-21 itu minggu Sabtu lalu mendahului perlawanan menerusi gol sendiri pasukan lawan pada minit ke-37 melalui Ahmed Fathi selepas babak pertama terikat tanpa jaringan.

Denis Cheryshev menambah gol Rusia pada minit ke-59 sebelum gol ketiga disempurnakan Artem Dzyuba pada minit ke-62.

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah beraksi kali pertama untuk pasukannya pada temasya kali ini setelah pulih daripada kecederaan semasa aksi final Liga Juara-Juara Eropah 27 Mei lalu.

Gol tunggal Mesir dijaringkan oleh Salah menerusi sepakan penalti pada minit ke-73 tetapi kesan kecederaan menyekat pemain itu membawa impak pada aksi malam tadi.

Dengan dua kemenangan dan enam mata penuh di tangan,Rusia akan mara ke pusingan kalah mati dan Mesir akan tersingkir awal skirnaya Arab Saudi gagal menewaskan Uruguay di Stadium Rostov-on-Don pada aksi malam ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast