TERKINI : KJ Setuju Isytihar Harta dan Debat Terbuka

Calon kerusi Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersedia untuk membuat pengisytiharan harta sebagaimana yang bakal dilakukan Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurut beliau, kesediaan itu disahutnya bagi memastikan calon Presiden bersih sebelum pemilihan UMNO yang dijadualkan pada 30 Jun ini.

“Saya boleh isytihar harta, debat itu kita kena bincang dan isytihar harta itu saya kena siapkan dokumen,” katanya dalam sidang media di Menara Dato’ Onn Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast