KUALA LUMPUR – Meskipun berkemungkinan akan dipenjarakan, Datuk Seri Najib Razak sama sekali tidak akan meninggalkan Malaysia.
Sebaliknya, bekas perdana menteri itu berkata, beliau akan berjuang untuk membersihkan namanya daripada segala pertuduhan yang dilemparkan.
“Tidak, saya tidak pernah berhasrat untuk meninggalkan negara kerana kalau saya berbuat demikian ada yang beranggapan saya bersalah.
“Saya tidak boleh menjadi buruan sepanjang hayat saya. Saya mahu bersihkan nama saya,” kata Najib dalam wawancara bersama Reuters. – MalaysiaGazette