Pusat
Gambar fail: Pusat tahanan pendatang

NEW YORK – Empat syarikat penerbangan utama Amerika Syarikat meminta kerajaan persekutuan tidak menggunakan pesawat mereka untuk menghantar pendatang asing kanak-kanak yang telah terpisah daripada ibu bapa mereka.

American Airlines Group Inc, United Continental Holdings Inc. dan Frontier Airlines mengeluarkan kenyataan masing-masing selepas Trump mengumumkan dasar tersebut dan menandatangani arahan eksekutif untuk menamatkan penahanan keluarga-keluarga yang telah ditahan di sempadan AS-Mexico kerana memasuki negara berkenaan secara haram.

“Proses pemisahan keluarga telah diberi publisiti meluas bagaimanapun bukan kesemuanya sejajar dengan nilai-nilai yang ada di American Airlines.

“Kami merapatkan hubungan keluarga, bukan memisahkan mereka,” kata syarikat tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif United Continental Holdings, Oscar Munoz berkata, dasar yang memisahkan ahli keluarga tersebut telah menyebabkan “konflik mendalam kepada nilai-nilai syarikat kami”.

Frontier Airlines di dalam posting di Twitter menyatakan “kami bangga dengan diri kami apabila menjadi sebuah syarikat penerbangan keluarga dan tidak membenarkan syarikat ini digunakan untuk menghantar pendatang kanak-kanak jauh daripada keluarga mereka.”

Manakala Delta Air Lines Inc dan Southwest Airlines Co. turut menyatakan bantahan mereka.

“Kami tidak mahu terlibat di dalam proses memisahkan anak-anak ini dengan ibu bapa mereka.

“Dengan itu, kami merayu sesiapa yang mahu merancangan perjalanan tersebut tidak menggunakan perkhidmatan Southwest Airlines,” kata syarikat berkenaan.

Kenyataan-kenyataan tersebut adalah sebahagian daripada bantahan yang diterima sama ada dari dalam AS mahupun luar negara yang mengecam dasar “tiada toleransi” pentadbiran Trump yang diumumkan pada April.

Gambar-gambar kanak-kanak yang terkurung di dalam sangkar dan suara kanak-kanak menjerit disiarkan ke seluruh dunia.- MalaysiaGazette